MMO - Multipurpose MicroOrganisma

Picture
MMO adalah satu produk yang telah dihasilkan dan dikaji kesesuaian penggunaannya oleh pihak kami.Bahan asas kepada produk ini adalah dari teknologi EM yang dikembangkan semenjak 20 tahun oleh Dr.Teruo Higa.Dr Teruo Higa adalah seorang professor dari Universiti Ryukyus Okinawa Japan. Ianya mempunyai kombinasi mikroorganisma yang terdapat secara semula jadi yang kebiasaanya terdapat pada makanan .Ianya mempunyai 3 jenis kandungan utama iaitu 'Bakteria Phototropic' Bakteria Asid Organik Lastik dan Ragi.Microorganisma ini menghasilkan bahan-bahan berguna seperti Vitamin , Asid Organik,Mineral dan Antioxidan bila bertemu dengan bahan-bahan organik. MMO ( Multipurpose MicroOrganisma )Produk baru yang dapat menjimatkan wang pengguna.Diperbuat daripada tumbuhan tidak mengandungi bahan kimia sesuai untuk apa jua tanaman dan ternakan.

MMO dalam Pertanian

Picture


1. MMO menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman (ripening) dalam pertanian
2. MMO meningkatkan kapasiti fotosintesis tumbuh-tumbuhan
3. MMO menabahankan kebolehan bahan organik sebagai baja
4. MMO menambah ketahanan tumbuhan dari serangan serangga dan penyakit
5. MMO memperbaiki keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
6. MMO mengurangkan kuman dan serangga perosak dari tanah.

Faedah MMO dalam Pertanian

1.
Kos. Bukan saja MMO murah tapi keperluan MMO berkurangan mengikut masa kerana mikrob akan membiak sendiri. MMO memperbaiki keadaan tanah dan apabila keadaan telah stabil untuk pembiakan mikrob, MMO hanya diperlukan sekali untuk mengekalkan tahap populasi mikrob.
2. Memerlukan bahan organik yang rendah. Bahan organik yang dihasilkan dari bahan lebihan tanaman, rumpai dan rumput mampu mengekalkan kesuburan tanah. Penggunaan bokashi sekali setiap musim juga mencukupi, dan bahan buangan tanaman boleh dicampur dengan bokashi, berbanding jika ia dibakar seperti biasa.
3. Mengurangkan tenaga buruh. Tanah yang ada MMO memerlukan ‘tillage’ (penggemburan) dan weeding (pembersihan) yg rendah. MMO menggalakan biota tanah, dan membentuk struktur yang mudah untuk tillage. Tetapi MMO boleh mendatangkan masalah dalam beberapa musim pertama. (Jika tanah kurang sihat)
4. MMO menghasilkan tanaman bermutu tinggi yang banyak.Hasil ini lebih baik, rasanya sedap dan jangka hayat di pasaran lebih lama. Ini boleh menambah pendapatan petani.
5. MMO membantu pertumbuhan berterusan. ‘Fallow’ (masa tiada penanaman) tidak diperlukan kerana MMO menggalakkan tanah yang subur. Tanaman pelbagaidapat menggantikan tanaman sejenis dalam kebanyakkan masa.
6. MMO mengurangkan penggunaan baja Kimia yang agak mahal. Penggunaan baja kimia akan menentang faedah MMO. Tanah akan hilang kesuburan flora dan fauna dan memusnahkan bahan organik. Tanah akan menjadi mandul dan tumbuhan akan hidup dalam suasana tidak kondusif. Penyakit dan makhluk perosak akan membiak dalam suasana sedemikian.
7. MMO memastikan pertumbuhan yg lebih cepat. Tanaman boleh di tuai lebih awal, lantas mengurangkan masa utk makhluk perosak dan penyakit menyerang tanaman.
8. MMO mencerna bahan organic dengan lebih cepat apabila ditabur dlm tanah.
9. MMO membantu pengeluaran nutrien kepada pokok dlm jumlah yang banyak.
10.MMO menghalang hanya serangga pemusnah dan makhluk perosak.
11. MMO menguatkan sistem pertahanan dalam tumbuhan dan haiwan.

MMO - Multipurpose MicroOrganisma

Picture

MMO ( FPE ) bagi Serangga

Picture
Picture

    Title Text.

Free Forum
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Click to set custom HTML